Monday, February 25, 2013

Cinta dan cita-cita

BISMILLAH..
Assalammualaikum.. hari ini menulis lagi.. bosan sbb assignment xada lagi..
tadi terdgr lagu ku bahgia nyanyian melly goeslaw..
lirik dia mcm indah je tpi hakikatnya tiada yg manis dlam hidup ne..
pi lagu ini menaikkan motivasi jugak. sometimes la..

Dalam lagu ini ada cerita pasal cinta dan cita-cita
itulah aim aku sekarang..
first, aku nak cari cinta ALLAH, sebab aku rasa layak ke aku untuk rasa cinta manusia sedangkan cinta aku pada Pencipta aku, ALLAH masih tak sempurna lagi..


bukan nak berlagak atau apa, tapi perkara ini selalu bermain dalam fikiran aku..
mustahil aku tak pernah rasa suka atau minat pada seseorang,
ada cuma aku syukur sangat,
sebab sebelum aku jauh dengan semua ni,
ALLAH timbulkan rasa ni,
aku masih tidak layak merasai cinta sesama manusia,
masih jauh perjalanan aku,
biarlah buat masa ini cinta ini hanya aku tujukan buat DIA.
Alhamdulillah, ALLAH selalu ada sebelum aku jauh dibawa hawa nafsu..

sekarang juga masih lagi mencari dan belajar dalam cintaku ini
masih banyak yang aku perlu tahu..
aku masih lagi bertatih dalam mendapatkan cinta hakiki ini..
doakan aku ye..


                                                                                          




(31) Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyayang.(surah Ali-Imran, ayat 31)


Next, cita-cita pula, well aku banyak benda nak dicapai..
firstly, my dream is wanna to make my parents happy with what i have done,
as the eldest, this is my responsibility..
i have the big dream n big responsibility to carry on,
as well to be the solehah daughter and good muslimah..

eh, speaking pula, 
ne penangan kelas bius(bi untuk sains sosial) pg td.. hehehe.
cita-cita di dunia dan di akhirat...
harap2 tercapai la..
aku hanya nak jadi lebih baik..
itu sahaja..




Ya ALLAH, kau tabahkan hati ini untuk menjadi yang lebih baik..
biarlah apa yang pernah terjadi sebagai kekuatan untuk aku menjadi lebih berhati-hati..



~jadikan lah hati ini, hati yang sentiasa mengingatiMu~


"CINTA KEPADA ALLAH DIDAHULUKAN
CITA-CITA MENJADI LEBIH BAIK DIUTAMAKAN"


~AMIN~


Monday, February 18, 2013

rindu sudah ^_^

Alhamdulillah.. semester dua da sekarang ne.. Alhamdulillah atas rezeki,nikmat dan rahmat yang telah diberikan olehMU.. segala-galanya berjalan dgn lancar.. oklah kembali pada tajuk diatas..hehehe..
Baru 2 hari di bumi Ukm ini tapi rindu sudah mula menyengat hatiku.. wah gramatis kan??hehehe

aku sudah mula rindu pada familyku sebenarnya..
sebulan cuti tapi terasa mcm sehari la..
masih xcukup..

untuk menghilangkan pyakit homesick ne..
aku berbisik dalam hati,
"aku da besar, matanglah., hujung miggu bleh blik dah, jangan hilangkan semangat kau"

Ya ALLAH permudahkanlah segala-galanya..
redhai lah aku dalam perjalanan syahid ini, sperti sebelum ini
 ALHAMDULILLAH atas segalanya2


*SAYA SAYANG MAMA DAN AYAH*
Jeritan batin seorang anak.. *&*