Bismillah..
Hanya ingin berkongsi..
JODOH..
itulah isu yang sibuk diperkatakan di zaman universiti..
Bukan aku tidak berminat, cuma sudah sedar dari mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan..
lalu aku memilih untuk melupakan itu..
biarlah ini menjadi rahsia ALLAH..
aku hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik..
Lalu ALLAH memujuk hati ini.. terbaca sepotong ayat dari Lembaran CintaNYA.
"Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai-berai kembali" (Surah An-Nahl ayat 92)
tiba-tiba berminat untuk tahu ayat ini tentang apa sebenarnya..
rupa-rupanya tentang jodoh..
kisah gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah Al-Hamqa..
inilah kisahnya..
"oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku? apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup? kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas dalam kelam kabut kesana kemari untuk mencari jodoh buat si puteri.
pelbagai ahli nujum dan dukun temuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya itu bertemu jodoh. namun sayang usaha si ibu hanya sia-sia. janji-janji sang dukun hanya tipu belaka. melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah Al- Hamqa menjadi semakin sedih, tiada kerja lain yang dilakukannya kecuali mengadap depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, "mengapa samapai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?" penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya dari luar daerah datang berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka muda rupawan. kenapa pemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu?
Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apasan dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya.
Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur’anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),
"Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang menguraikan
benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai-berai kembali"
Yang dimaksud Al Qur’an dengan ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah AlHamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman:
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)
Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
Akhir sekali kisah Rithah memberikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.
Subhanallah
banyakkan ibrah dari ayat ini??
letakkan cinta mahabbah kita kepada yang berhak..
ALLAH.
ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG..
Jangan terlalu sibuk mencari jodoh,
itu urusan Allah..
berusaha dengan cara yang betul.
In Sha ALLAH dapat..
Bersabarlah..
Jangan terlalu gopoh..
Berdoa agar diberikan yang terbaik..
Doa itu senjata umat Islam.. :)
Jodoh yang pasti adalah KEMATIAN!!
ayuh perbaiki amalan dan ibadat
agar kita dapat bertemu jodoh itu dengan tenang..
Wallahu' alam...