Thursday, March 21, 2013

SMK DONG: Tahniah dan semoga berjaya

As salam
Bismillah..

first nak ucap tahniah kat calon2 stpm especially SMK DONG!!! sbb dapat result sgt2 gempak.. see ALLAH 2 MAHA ADIL kan ? semuanya perancangan DIA, dahulu apa yang kita nak tak dapat tapi sekarang DIA da bagi.. Allah Maha Mengetahui ^_^
kita hanya perlu sabar, itu hanyalah ujian untuk menguji kesabaran serta sayang Dia terhadap kita..





n esok spm pula, akak doakan kamu semua dapat result yang gempak jugak,
pada yang tak berjaya, redha, Allah da sediakan sesuatu yang lebih baik utk kamu semua
n pada yang berjaya jangan lupa bersyukur, jangan riak, jangan ujub.
semua itu hanyalah kejayaan dunia, akhirat itu juga pentingkn :)




nanti pada spm, mintak lah matrik kmkn :)
pada stpm pulak, mintak ukm,
nanti boleh balik sma2..hehehe

itu aje nak cakap,
All the best, oke?
may come out with flying colours..
~man jadda wa jada~



~SEMENDORA ALWAYS BE THE BEST~
Aamiin ^_^




Tuesday, March 19, 2013

Andai Waktu Itu Dapat Diputarkan.

As salam..
Bismillah

Tiba-tiba teringat waktu di matrikulasi KMKN.
waktu yang hanya sebentar tetapi banyak mengajar aku.



Andai lah waktu itu dapat diputarkan,
aku ingin sekali mengubahnya,
mengubah kepada perkara yang lebih baik.

Andailah waktu itu dpat diputarkan,
aku ingin menikmatinya dengan sepuas-puasnya,
menikmati lebih banyak suka daripada duka.



tetapi waktu itu juga mengajar aku,
menjadi lebih baik,
berfikir dengan matang,
berhati-hati dalam perbuatan dan perkataan.

tanpa suka dan duka,
hidup ini kelihatan suram,
tiada apa yang perlu dikenangkan
tiada pengalaman,
tiada panduan,
tiada pedoman.

~jpp~


~para fasilitator~


ALLAH memberikan sesuatu itu tidak hanya dengan sia-sia,
tetapi supaya kita berfikir menggunakan akal,
anugerah yang diberikan dengan sebaiknya
bersangka baiklah terhadap ALLAH.

~car wash jpp~

~siswa mara~

~hadiah siswa mara~


~Alhamdulillah Wa Syukrulillah~
disana aku belajar berdikari,
jatuh dan bangun hanya aku sendiri,
namun ENGKAU sentiasa disisi,
menemani meniti hari,
dengan penuh berhati-hati.

terima kasih keluargaku,guru-guru dan sahabat seperjuangan
kerana sentiasa bersama ku
dalam mengenal erti kehidupan.

~kuliah 2 (p6_p10)~

~ kenangan jpp ^_^ ~
TAMBAHAN


~KMKN is the BEST~
~Semoga ALLAH kekalkan ukhwah kita~
#Ukhwahfillah till jannah#
~Aamiin~


Wednesday, March 13, 2013

SAINS PEMBANGUNAN?? APA ITU??

As salam..
Bismillah..

hari ini sahaja nak kongsi sikit pasal apa itu sains pembangunan.. well this is my course..
sbnarnya time aku apply course ne utk pilihan yg keempat selepas bisnes, n massa communication (mascom),aku letak je tnpa tahu apa sbnrnya kos ne..
sbb aku nak lari dari akaun..
ingin mencuba yg lain..
tp bila da dpt twran 2, nak xnk kna la trima..
mungkin ada hikmahnya,
Mana lah tahu, semuanya perancangan ALLAH..


n semuanya tanya,eh, 2 kos lelong ke?belajar pasal apa?xpernah dengar pn. belajar bt bangunan ke? nanti keluar keje jd arkitek ke?aku hanya tergelak apabila soalan sedemikian diajukan..

Sebenarnya kos ne pasal pembangunan..
cara2 sebuah negara itu dibangunkan..
aku beljar banyak benda,
yg memg out of the box.
sbb aku xpernah tau semua ne
tp bila sekrang da msuk sem 2
aku da mula nampak,
apa sebenarnya kos ne..

sangat seronok..
aku harap jugak dengan kos ne, aku dapat bangunkan umat islam..
mcm ckp prof aku, falsafah n teori pembangunan.. sepatutnya agama itu dijadikan salah satu instrumen untuk sesebuah negara dan tempat,
bknnya menjadikan agama itu sebagai sesuatu yg menghalang pembangunan.
contonhya: isu kalimah ALLAH..

kami banyak juga beljar pasal politik
tp hanya sebagai pemerhati n penilai sahaja.
sbb prof aku ckp, kita orang ilmiah, jadi mesti berfikir secara ilmiah, jgn msuk cmpur sbb politik selalunya mengikut emosi dan juga keadaan sekeliling..
betul jugak kn??

~my coursemates~

n aku rasa suka kat kos aku sbb dia banyak kaji pasal dunia ketiga iaitu negara2 yang sedang membangun..
banyak yg aku blajar, xpyh pergi merantau hanya dengan membaca buku n dengar pengalaman2 lecturer tntg luar negra terasa seperti aku sudah disitu.. hehehe

sngat seronok menjadi pelajar sains pembangunan, kami banyak mengkaji, terutamanya tentang kemiskinan, komuniti, n itu semua membuka minda aku.
keluar daripada konteks MALAYSIA.
kami belajar hampir kesemuanya,
sejarah,eko,bisnes,geografi n plg byk teori la..
inilah dia beljar sesuatu yg lain,
aku anggap sebagai cabaran..

n jumpa senior hari tu,
dia ckp batch aku last sains pembangunan utk degree
hanya ada untuk masters n Phd je
sbb kalau degree xbyk sgt yg bleh dikaji mcm masters
kira tesis lg bgus kot..

tp apa2 pn aku bersyukur sbb dapat belajar kos ne..
ALHAMDULILLAH..



aku harap aku mampu lakukannya..
Amin..
ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..


"... (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia." (Ali-'Imran:19)



~semoga harapanku menjadi kenyataan~
_Aamiin_





Sunday, March 10, 2013

Sahabat selamanya

As salam
bismillah..


Ukhwahfillah..
hari ini nak tulis pasal seoarng sahabt aku yang sangattt baik...(eh,jgn kembang ye)
hehehe..
nama dia wan nur afifah bt wan sazali aka eppy sazali (nama famous la).. hehehe


she one of my best friends.
kami berkenalan sejak pra sekolah lg.. tp siapa sangka sampai sekarang kami masih bersma..
itulah takdir ALLAH.
family kami kenal antara satu sama lain,
aku pn kalau keluar,mst pergi dgn dia,
n ayah aku hanya benarkan aku keluar kalau dia ajak..hehehehe
kalau ngn org lain, susah sikit la..

“Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Orang-orang mukmin dalam hal saling menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada sebahagian tubuh yang sakit, maka seluruh tubuh tidak boleh tidur dan turut merasakan sakitnya.”

dia sangat baik tp nampak biasa2 saja..
mungkin luaran nampak mcm sombong, (well, org cantik la katakan)..hehehe
tp hakikatnya dia pn gila2 juga orangnya..
sma mcm aku..
bila kami berjumpa xkan pernah kering gusi untuk ketawa..



yg paling xbleh lupa,
pergi teman dia bayar insurans, duit xcukup,
malu jugak sbb 2x kami kne mcm 2..hehehe

n saat aku susah dia pn banyak tlg..
Ya ALLAH, aku bersyukur sangat dapat sahabat yang baik2,
sentiasa bersama ku susah n senang,
harap ukhwah kita kekal ke jannah :)
aku sayang kau eppy..
uhibbuki fillah..

Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)




mustahil aku ngn dia xpernah bergaduh,
sedangkan lidah boleh tergigit,
ini pula kami sahabat,
tp itu dulu, gaduh2 manja kata orang..

Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” 




hehehe, tp itulah dia andai tiada pahit dan manis tidak berseri lah hubungan ini
terima kasih eppy byk tlg aku
hanya ALLAH mampu memblsnya :)
love u.. :)

aku doakan kau dapat masuk u k?
nanti adalah aku kawan ,
Ya ALLAH,
Kau berkatilah sahabat aku ini, 
semoga dia sentiasa dibwah lembayu rahmatMU
Amin ^_^




Friday, March 8, 2013

Tiada Duka Yang Abadi

Assalammualaikum..
Bismillah..

Tiada duka yang abadi.. tajuk lagu opick.. yg mana jd lgu utk blog aku..
benar bait2 lagu yang dinyanyikan oleh dia..
ia mcm ujian yang mana ujian ada yang bersifat duka lg pedih..
tapi ujian itu hanyalah sementara.. yang mana untuk menguji kesabaran aku..
benar ujian itu ada yang baik dan buruk mcm kesenangan n kesusahan
untuk menguji samada kita kan makin dekat pada ALLAH atau menjadi seperti qarun yang lupa diri setelah mendapat harta(istidraj)..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan 
dibiarkan dengan hanya berkata: "kami beriman", 
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?
 Dan sesungguhnya! kami telah menguji orang-orang
 yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang
 demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang 
orang-orang yang beriman, dan nyata pula apa yang 
diketahuiNYA akan orang-orang yang berdusta.
 [al-Ankabut:2-3]

Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT 
memberikan nikmat kepada hambaNya 
yang selalu membuat maksiat (dosa)
ketahuilah bahawa orang itu telah 
diistidrajkan oleh Allah SWT".
(Diriwayatkan oleh: At- Tabrani, Ahmad dan Al- Baihaqi)
aku juga manusia biasa, xpernah terlepas daripada ujian
sudah jatuh ditimpa tangga pula.. itulah aku..
mungkin pada awalnya aku tertnya-tanya,
besarnya ujian ALLAH pada aku, mampukah aku?
sehingga suatu hari kawan aku datang dan melihat aku bersedih 
dia pn berkata seharusnya engkau gembira kerana ALLAH memilih engkau untuk diuji
DIA menunjukkan kasih sygNYA pada kau.. 
jganlah bersedih tetapi bersabar la..
La Tahzan innallaha ma'na..




لا يكلف الله نفسا إلا وسعها


Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba 
melainkan apa yang terdaya olehnya.
 [Al-Baqarah: 286]




Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada
 besarnya bala’ yang menimpaDan sesungguhnya 
Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, 
maka akan mereka itu diberi dugaan.
 Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – 
dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh
 keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak
 maka padanya kemurkaan Allah.
 [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya 
sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون


Hai orang-orang yang beriman! 
Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu 
dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah,
 supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]



kata2 yang penuh motivasi,
aku kuatkan semangat n teruskan perjalanan
aku yakin ALLAH ada disisiku..
aku hanya perlu membalas cintaNYA..
mama aku pn berkata, anggaplah ini hadiah daripada ALLAH,
tanda bahawa DIA sedang mengingatimu..




الصبر عند الصدمة الأولى


Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Ya ALLAH, berbeza sungguh caraMU menunjukkan ksh sygMU, 
engkau berikan ujian agar dapat menghapus dosa2 ku..
agar aku sentiasa sabar dalam meraih cintaMU..
duka itu penawar, mcm ujian,
ia adalah penawar pada segala dosa kita..
bagiku sekarang ia adalah perkara biasa..


ujian adalah tarbiyah..
ujian dan kemenangan adalah rencah hidup..
Alhamdulillah..
Wa syukrulillah..
terima kasih Ya ALLAH..