Tuesday, December 17, 2019

Memories

Bismillah. . 

Dah bertahun tak buka blog ni. semalam tiba2 terbaca satu blog, baru teringat, eh aku pun ada blog lah. 😅😅

Hari ini nak kongsi tentang ujian dan nikmat yang dah ditempuh. (anggap sbg kenangan)

[dan sesungguhnya Kami benar-benar  akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.]

surah muhammad ayat 31.


Tahun 2018, awal suku tahun Allah bagi ujian dengan berita yang sangat dukacita. Ayah meninggal secara tiba2. Innalillah wainnalillah hirojiun. Again after almost 5 years, family kami merasa kehilangan lagi. Allahu. Ini ujian paling berat, sebab ketua keluarga dah tak ada. 

So, aku lah kena galas semua tu dibantu adk2. Mula2 arwah meninggal aku bermonolog sendirian sambil pegang arwah, ayah janganlah pergi lagi, kaklong tak mampu lagi nak pikul semua, berat sgt ni. macam mana nak besarkan adk2 tanpa ayah, mereka kecil lagi,.tp setelah solat subuh, aku sedar dan redha, ayah memang dh pergi buat selama-lamanya. Jadi selepas ni tanggungjawab aku dah besar. Aku kena kuat dan sabar. Aku masih ada mak, jd kena lah jaga sebaik2 nya. 

Namun, setelah beberapa bulan, Alhamdulillah Allah bagi nikmat iaitu sah dalam jawatan tetap dekat tempat kerja.  Allah Maha Adil, apa yang diambil, mesti digantikan dengan sesuatu yg lain. Kite je sebagai hamba nak pandang sesuatu tu sebagai nikmat dan bersyukur atau sebaliknya. 

Berbeza pulak untuk tahun 2019 ni, awal tahun Allah dah bagi nikmat. Aku dpt anugerah APPT, Allahu (masih baru dan byk lg xtahu, rasa xlayak lg tp dh Allah tetapkan itu rezeki aku, Alhamdulillah). 
Namun akhir tahun, Allah bagi pulak ujian, demam influenza A. (skrg ni tgh cuti). Allahu, sakit dia Allah je tahu, demam lain macam, sendi2 sakit lenguh2, demam kebah kejap lepas tu datang balik, sakit mencucuk2, kepala berat, selsema. perghhh sakit dia mengigil2. Tapi Alhamdulillah dpt tahu awal, so makan je ubat anti viral tu, Alhamdulillah dh beransur pulih. Sedihnya sebab tak dapat balik rumah, dikuarantin tak boleh jumpa siapa2 dalam masa 5 hari. So duduk jela berendam air mata di KL. 🤭🤭
Tu lah ujian dan nikmat yang saja nak kongsi utk tahun ni. byk lagi cuma mungkin ni je mampu nk ditulis. Bersyukurlah walau apa pun yg Allah bg, hatta ujian seberat mana sekalipun. Allah uji sebab Allah sayang dan tahu kita mampu. 😉
 

Firman Allah SWT: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (Al-Ankabuut: 2-3)

Thursday, December 31, 2015

Terima Kasih Ainun :)

Bismilllah..

Hari ini merupakan hari last bagi tahun 2015.
So, rasanya nak tutup tahun nie dengan sekali lagi menulis tentang bestfriend masa dekat UKM.



Ainun Shahirah Bt Baharuddin..
seorang sahabat yang mempunyai bright personality.
Ouchh bright tu smpai tak boleh bukak mata..hehe..
Dialah roommate saya utk dua tahun n usrahmate setahun masa dekat UKM.

Ainun,
terima kasih utk segalanya-galanya tau..
terima kasih menjadi sahabat yang baik.
terima kasih sangat-sangat.



Alhamdulillah, saya rasa syukur sangat Allah pertemukan kita.
Semoga persahabatan ini kekal dunia akhirat.
Saya sayang awak..  ana uhibbuki fillah :)



Allahu,
sungguh saya sangat sayang persahabatan ini,
terima kasih ainun sebab sentiasa ada terutama apabila
saya rasa airmata susah untuk berhenti.



Allah hantarkan awk sebagai sahabat untuk menenangkan saya.
Alhamdulillah..
Pertolongan awak terhadap saya, hanya Allah mampu membayarnya.
Terlampau banyak nilainya.. Jazakillah Ainun :)
I love u to the moon and back... cewahhh.. (betul2 syg tau ainun)




Saya doa agar Allah permudahkan segalanya untuk kita..
Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujianNya dan
Semoga awk dpt jodoh yang baik, kerjaya yang baik n segalanya yang baik..
Doakan saya jugak ye..



Semoga tahun 2016 ni menjadi tahun rahmah lagi barakah untuk kita.
Semoga kita terus tsabat atas jalan dakwah dan tarbiyah.

Jaga iman, Jaga solat, Jaga hati dan peribadi. Love u ainun.
Maaf jika selama kita bersahabat ada kekurangan daripada sy..
Maaf deh.. ;)

Sunday, December 27, 2015

Masyita Mohd Hadi (Ita)

Bismillah..

Agak sudah lama tidak menjengah cik blog.. makin berhabuk..
yela, tahun 2015 merupakan tahun yang agak sibuk..

Hari ni nak citer pasal one of my bestfriends masa dekat UKM.
Masyita Mohd Hadi (nama glamour ita).. hehehe



Tiga tahun kami bersama sebagai course mate dan setahun sebagai roommate..
Dia seorang yang pendiam.. tetapi mempunyai hati yang sangat baik,

Semasa di UKM, dialah orang yang sangat banyak memberi pertolongan,
tak kiralah demam ke, sakit ke, assignment tak tahu ke, semualah dia tolong.
terima kasih banyak-banyak.

saya sayang awak tau ita :)..
uhibbuki fillah..
terima kasih sentiasa ada bersama saya,
bangun, jatuh terguling-guling.. cewahhh..



Semoga persahabatan ini kekal selamanya hingga ke jannah ye :)

saya akan cuba sedaya upaya utk sentiasa bersama awk..okay?
saya sentiasa akan doakan kebahagiaan awak..
hanya ini mampu saya hulurkan dek kerana jarak yang jauh antara kita.. hehehe



kita semua diuji dengan cara yang berbeza, tetapi yang paling penting kita sabar,
hadapi dengan redha. jgn sedih2 tau, ingat apa sahaja yang menimpa kita,
Allah tahu kita mampu hadapi..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya...
(Al-Baqarah:286).

   




InsyaALLAH, Allah akan permudahkan segalanya untuk kita,
macam mana awak selalu cakap sabar pada saya,
macam tu jugak awak kene buat tau..
tak ada apa yang rugi untuk orang yang sabar..
semua yang datang, ujian atau nikmat semua ada hikmah dan ganjaran,
kita terus je berdoa semoga diberi kekuatan utk menempuhnya dengan sabar.

















jangan sedih-sedih tau :)
nanti dah tak comel.. hehehe


       





semoga ukhuwah ini berkekalan..
i lap uuu.. hihuhihuhi...
jgn lupa saya tauuu...


                      
                              (ini je gmbr kite berdua yg sy ada.. hehe)


Nanti kalau rindu saya, bacalah blog ni tau..
hehehe
hanya dengan nasihat dan kata-kata saya hrap dapat membantu awk sedikit sebanyak..
maafkan saya atas segala kekurangan semasa kita bersahabat.
Terima kasih sebab sudi menjadi sahabat saya..
saya sayang awakkk...
(Adehhh airmata mcm nk mengalir.. hehehe).
May ALLAH ease everything :)... Amiin ..

Sunday, March 30, 2014

kehilangan (akhir)

Aku yang rasa sedih sangat, bukan sebb apa
cuma sebab terkilan arwah xsempat pergi
konvo aku,
perkra yang dia inginkan.

saat aku dapat keputusan spm yang cemerlang,
dialah antara org yg gembira,
bila dia tahu aku dapat masuk matrkulasi,
dia juga antara org yang gembra.
dan last bila dia tahu aku dapat dekan,
dia juga antara yang gembira.

pesan dia pada aku,
belajar rajin2, banggakan keluarga,
ilmu tu penting.

nant kalau along konvo, nenek boleh pergi,
dia selalu pergi konvo cucu sedara dia,
tapi cucu sendiri xpernah lagi
yela aku yang sulung.
sedih rasa hati ni bila teringat
kata2 tu..
insyaALLAH aku akan belajar rajin2 dan dapatkan
segulung ijazah tu..

Alhamdulillah aku sempat jaga dia selama seminggu,
habiskan masa dengan arwah.
dan pengakhiran sekali ialah mandikan jenazah arwah.
janji Allah tu pasti,
kematian itu suatu kepastian,
semalam aku mandikan dia (hidup),
tapi hari ini aku mandikan jenazah dia.



makin xtahan air mata mengalir sewaktu
talkin di bacakan
xputus doa dalam hati
semoga Allah permudahkan arwah kat sana,
kat dunia Allah dah amek dia dengan cara yang baik
semoga disana juga baik hendaknya.

Inilah dia qada' dan qadar,
Allah dah tentukan,
kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan,
xboleh lemah atau jatuh.

Alhamdulillah byk ibrah aku kutip sepanjang kejadian ini,
jadikan aku lebih kuat,
Allah lebih syang pada arwah,
sudah tiba masanya,
jadi pada yang hidup, teruskan berdoa dan berdoa
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah
dan dipermudahkan segalnya.

inilah kehidupan.
setiap yang bernyawa pasti akan mati.
dunia hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan
bekalan untuk timbangan,
timbangan menentukan tempat tinggal,
sama ada syurga atau neraka.




Kehilangan (4)

sambungan..

time tu kami semua dah tdo,
kecuali mama ngn syafiq(adik aku no 2)
syafiq baring kat sebelah arwah
dalam pkul 5.20,
arwah mula bercakap dalam tdo,
dia cakap nak balik..
syafiq pun kejutkan semua org, mama pun sama kejutkan kami
mama cakap bdan nenek sejuk sgt,

aku bangun pergi kat tepi dia,
cek nadi dah lemah.
kejut ayah aku bangun,
dia suruh kami sentiasa panggil arwah,
ajr dia mengucap,
semua org bergilir2 bisik kat tepi telinga arwah
dua kalimah syahadah.

semua orang tengah sedih time tu
sebab arwah dah xdengar sgt suara dia,
mata dia xboleh bukak.

pkul 6 aku ngan mama bersihkan dia
ayah suruh bersihkan dia,
ayah cakap dah nak smpai masa arwah,

kami satu family semua air mata dah mengalir,
ajar jugak dia mengucap, ayah cakap teruskan ucap tu
supaya dia xlupa.

tepat 6.40 nadi arwah dah makin lemah,
dah xnampak dia tarik nafas kat leher,
lebih kurang 6.45, mungkin itu masa malaikat maut sedang
menarik nyawa dia, dan tepat
6.50 pagi arwah hembuskan nyawa terakhir dia..

Allah hati ini sudah tidak mampu menhan tangisan.
berderai semuanya,
orang yang sgt aku syg, hidup bersama aku selama lebih 20 tahun
akhirnya dah tiada.

orang yang sentiasa menjadi pembakar motivasi aku
selain mak ngn ayah,
dah xada..
itulah kenyataan yang harus aku terima.
Dia dah pergi untuk selama-lamanya.

Al fatihah.
semoga arwah ditempatkan  antara orang-orang yang beriman.

Kehilangan (3)

sambungan..

maaf byk sambungan sebab kalau tulis dalam 1 post je
panjang sgt entry ne nanti.

hari jumaat kami pun mulakan majlis bacaan yasin
maklong (anak saudara nenek dtg)
duduk sebelah kiri nenek,
aku pulak sebelah kanan.
ajak dia baca yasin sekali time tu

pagi jumaat tu, dia byk sgt borak,
nak makan ikan sg,
paklong pergi crikan,
lepas makan, borak semua dgn kami kat dapur,
dia ckp nak mandi,
dan aku pun mandikan dia.

lepas mandi, siapkan dia,
baringkan dia kat atas tilam,
kat rumah depan(ruang tamu).
sebelum nie dia duduk tdo kat rumah tengah(ruang family).
nak baca yasin, kami alihkan tempat baring dia kat rumah depan
sebab depan rumah besar sikit.

lepas je mandi, dia senyap je,
xcakap  dah, xmacam tadi..
time baca yasin pun dia dah pejam mata,
tgn dia dah ketar2,
dia pegang erat tgn maklong,
maklong lepaskan letak balik kat tepi,
dia cri balik tgn maklong

Allah, sedih masa ne..
smpai lah malam pkul 11,
dia masih lagi pejam mata,
xgerak2..
sampailah maklong mun dgn pakngah jamil dtg,
mak long mun bwk jugak air yasin dri sekolah pondok,
sapukan kat muka arwah n bg dia minum
lepas tu Alhamdulillah,
dia boleh bukak mata,berborak bagai,
pakngah pulak bagi minum susu utk tenaga,
dia baru beli.
arwah laju minum air tu.sampai habis.

dia xputus2 berborak.
time tu adik aku yg bongsu,
bulat(fida'iy) dah tdo,
dia tye kat mama, mana bulat,
mama ckp dh tdo,
dia tye pulak adik aku yang no 3,
adha, dia suruh pggl.

adha pun pergi kat dia,
dia ckp kat adha suruh tdo dlam bilik dia,
pasang kelambu leklok.

dan sampailah lebih kurang pkul 3 dia baru tdo
sebab time tu sedara kami dri kl
anak arwah wan teh dtg,
tu dia tdor lambt,
mcm2 dia borak..

~bersambung~

Kehilangan (2)

sambungan..

time tu aku dah xbalik u,
aku bt keputusan untuk jaga arwah
selama seminggu sebb kesian mama
jaga arwah sorg2,
mama pun bukan sihat sgt.

arwah pun xnak mandi dengan org lain,
kekok mungkin,
dengan aku dah biasa sebab dulu time dia sakit
masa tu aku sekolah menengah,
aku lah duk ngn dia jg dia
mungkin dia dh bese.

malam kami semua gilir2 jaga arwah,
ayh pesan jgn tggl arwah sorg2,
takut pape jd time kita sume tdo,
sekurang-kurgnya ada sorg yg jaga dia pun dh oke.

mama lah org yg paling aku kagum
byk ibrah aku dpat masa ne
antaranya, jdi anak yang taat,
macam mama dia sanggup xtdo berhari2
sebab nak jga arwah,
jaga makan, pakaian, n semua lah.

hari isnin tu arwah dah start xboleh bangun,
kami kena angkat dia. kalau nak mandi,
dh mula nampak tanda2 dia,
ayah suruh kami slalu dekat dengan dia,
malam2 pun lepas magrib duklah tepi dia baca surah yasin.
Alhamdulillah dia pun boleh ikut baca sama.

sampai hari khamis, aku pun saje tanya,
nak buat x baca yasin nek?
dia pun ckp nak,
ayah petg tu jugak settle dengan ustaz, imam kg,
kumpulkan org dlam 40 org nak bt bacaan yasin
dan hari jumaat petang tu majlis pun mula.

kami bt bacaan yasin niatkan
kalau memg sakit ini hnya ujian, moga ALLAH beri kesembuhan,
tapi jika dah sampai waktunya,
semoga ALLAH ambil dia dengan cara yang baik.



~bersambung~