Dah bertahun tak buka blog ni. semalam tiba2 terbaca satu blog, baru teringat, eh aku pun ada blog lah. 😅😅
Hari ini nak kongsi tentang ujian dan nikmat yang dah ditempuh. (anggap sbg kenangan)
[dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.]
surah muhammad ayat 31.
Tahun 2018, awal suku tahun Allah bagi ujian dengan berita yang sangat dukacita. Ayah meninggal secara tiba2. Innalillah wainnalillah hirojiun. Again after almost 5 years, family kami merasa kehilangan lagi. Allahu. Ini ujian paling berat, sebab ketua keluarga dah tak ada.
So, aku lah kena galas semua tu dibantu adk2. Mula2 arwah meninggal aku bermonolog sendirian sambil pegang arwah, ayah janganlah pergi lagi, kaklong tak mampu lagi nak pikul semua, berat sgt ni. macam mana nak besarkan adk2 tanpa ayah, mereka kecil lagi,.tp setelah solat subuh, aku sedar dan redha, ayah memang dh pergi buat selama-lamanya. Jadi selepas ni tanggungjawab aku dah besar. Aku kena kuat dan sabar. Aku masih ada mak, jd kena lah jaga sebaik2 nya.
Namun, setelah beberapa bulan, Alhamdulillah Allah bagi nikmat iaitu sah dalam jawatan tetap dekat tempat kerja. Allah Maha Adil, apa yang diambil, mesti digantikan dengan sesuatu yg lain. Kite je sebagai hamba nak pandang sesuatu tu sebagai nikmat dan bersyukur atau sebaliknya.
Berbeza pulak untuk tahun 2019 ni, awal tahun Allah dah bagi nikmat. Aku dpt anugerah APPT, Allahu (masih baru dan byk lg xtahu, rasa xlayak lg tp dh Allah tetapkan itu rezeki aku, Alhamdulillah).
Namun akhir tahun, Allah bagi pulak ujian, demam influenza A. (skrg ni tgh cuti). Allahu, sakit dia Allah je tahu, demam lain macam, sendi2 sakit lenguh2, demam kebah kejap lepas tu datang balik, sakit mencucuk2, kepala berat, selsema. perghhh sakit dia mengigil2. Tapi Alhamdulillah dpt tahu awal, so makan je ubat anti viral tu, Alhamdulillah dh beransur pulih. Sedihnya sebab tak dapat balik rumah, dikuarantin tak boleh jumpa siapa2 dalam masa 5 hari. So duduk jela berendam air mata di KL. 🤭🤭
Tu lah ujian dan nikmat yang saja nak kongsi utk tahun ni. byk lagi cuma mungkin ni je mampu nk ditulis. Bersyukurlah walau apa pun yg Allah bg, hatta ujian seberat mana sekalipun. Allah uji sebab Allah sayang dan tahu kita mampu. 😉
Firman Allah SWT: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (Al-Ankabuut: 2-3)
No comments:
Post a Comment