Monday, December 24, 2012

RERUANG DAN PEMBANGUNAN: TEMUBUAL DI SEREMBAN





  

NURUL SAFINAS BT M.HANAFIAH
MATRIK: A141813
KURSUS: RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TAJUK:  TEMUBUAL DI SEREMBAN
NAMA PENSYARAH: PROF MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SYAH.

  

Pada 11 Disember 2012, pelajar-pelajar Sains Pembangunan Tahun 1 2012/2013 telah ditugaskan untuk melakukan sebuah kajian bagi kursus Reruang dan Pembangunan yang dijalankan di Bandar Seremban. kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti nod-nod, laluan, mercu tanda, dan mengkaji tentang pertumbuhan kedai-kedai yang terdapat di Bandar Seremban tersebut.
Pada 11 Disember 2012, pelajar-pelajar Sains PembangunanPada 11 Disember 2012, pelajar-pelajar Sains Pembangunan Tahun 1 2012/2013 telah ditugaskan untuk melakukan sebuah kajian bagi kursus Reruang dan Pembangunan yang dijalankan di Bandar Seremban. kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti nod-nod, laluan, mercu tanda, dan mengkaji tentang pertumbuhan kedai-kedai yang terdapat di Bandar Seremban tersebut.

LALUAN KE SEREMBAN
kami berkumpul di Stesen KTM UKM pada pukul 8:00 pagi dan mula bertolak ke Seremban pada pukul 9:00 pagi. bermula di stesen ktm UKM, seterusnya kami singgah sebentar di stesen ktm Bangi berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak ktm. pada pukul 9.15 pagi kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di stesen ktm Seremban pada pukul 9.50 pagi.



NOD-NOD SEPANJANG LALUAN KE SEREMBAN. Tahun 1 2012/2013 telah ditugaskan untuk melakukan sebuah kajian bagi kursus Reruang dan Pembangunan yang dijalankan di Bandar Seremban. kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti nod-nod, laluan, mercu tanda, dan mengkaji tentang pertumbuhan kedai-kedai yang terdapat di Bandar Seremban tersebut.

LALUAN KE SEREMBAN
kami berkumpul di Stesen KTM UKM pada pukul 8:00 pagi dan mula bertolak ke Seremban pada pukul 9:00 pagi. bermula di stesen ktm UKM, seterusnya kami singgah sebentar di stesen ktm Bangi berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak ktm. pada pukul 9.15 pagi kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di stesen ktm Seremban pada pukul 9.50 pagi.



NOD-NOD SEPANJANG LALUAN KE SEREMBAN.
LALUAN KE SEREMBAN
kami berkumpul di Stesen KTM UKM pada pukul 8:00 pagi dan mula bertolak ke Seremban pada pukul 9:00 pagi. bermula di stesen ktm UKM, seterusnya kami singgah sebentar di stesen ktm Bangi berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak ktm. pada pukul 9.15 pagi kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di stesen ktm Seremban pada pukul 9.50 pagi.



NOD-NOD SEPANJANG LALUAN KE SEREMBAN.

       

       


          

       

Mercu tanda bandar seremban

Antara mercu tanda yang terdapat di seremban:


                                       PLAT PERASMIAN STESEN KERETAPI SEREMBAN

         
                                                   
SRI BALA THANDAYUTHAPANI TEMPLE

                                

MAJLIS PEMBANDARAN SEREMBAN

kami telah dibahagikan kepada 8 kumpulan, dan diberikan laluan masing-masing untuk kajian kami. jalan yang telah diberikan pada kami ialah Jalan Dato Bandar Tunggal. kumpulan kami mempunyai seramai 4 orang ahli iaitu Nurul Safinas Bt M.Hanafiah, Fatinah bt Mohd Nazir, Masyita Bt Abd Hadi dan Nor Arzian Bt Abd Wahab. Akhirnya kami berjaya menemuramah beberapa peniaga walaupun pada awalnya kami ditolak oleh peniaga yang lain.

     

         





HASIL KAJIAN

Antara pengusaha kedai yang berjaya ditemubual ialah:


1) Warung Pak Taib

Warung Paik Taib ini dimiliki oleh individu bernama Mohd Taib bin Mohd Idris yang berumur sekitar 70-an. Warung beliau mula bertapak seawal tahun 1982 dan tetap bertahan hingga ke hari ini. Warung beliau pada mulanya dibuka di Jalan Sekamat namun telah diruntuhkan beberapa tahun dahulu sehingga beliau membuka warungnya di Jalan Raja Tunggal ini. Jenis perniagaan Pak Taib ialah jualan makanan namun hanyalah makanan bungkus sahaja. Beliau tidak menyediakan sebarang makanan panas. Waktu perniagaan beroperasi bermula seawal jam 7:00 pagi sehingga jam 5:00 petang iaitu waktu pejabat. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada kakitangan yang bekerja disekitarnya. Pendapatan beliau untuk sehari adalah sekitar RM40- RM45 bergantung kepada seberapa ramai pelanggan yang berkunjung ke warung ini.

  


2) Percetakan World Machine Trading
Syarikat Percetakan World Machine Trading ini dimiliki oleh Dato Hj Matchal bin Abd Majid. Syarikat percetakan beliau mula dibuka pada tahun 1994. Jenis perniagaannya ialah percetakan dan perkhidmatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan mencetak, menjilid, stamping, typesetting, reka bentuk (grafik), kad jemputan, poster, dan sebagainya. Pada awalnya, syarikat ini dibina bersebelahan dengan sebuah kedai makan, namun kemudian kedai makan itu telah dipindahkan. oleh itu, syarikat Percetakan ini telah diubahsuai dan diperbesar menjadi dua lot. Syarikat ini memiliki seramai 18 orang yang bekerja dibawahnya. Manakala pelanggan mereka terdiri daripada orang awam dan pekerja sektor kerajaan.

                                        






3) Imbi Cake House

Imbi Cake House merupakan sebuah kedai kek yang dimiliki oleh En. X Yan Foo. Kedai kek tersebut telahpun dibuka sejak tahun 1982 dan dijalankan secara turun temurun iaitu perniagaan oleh keluarga En. X Yan Foo sendiri. Jenis perniagaan beliau ialah perniagaan kek, roti, dan sering mengambil tempahan kek untuk majlis perkahwinan. Sebelum perniagaan itu dijalankan di Jalan Raja Tunggal tersebut, kedai beliau mula bertapak di Jalan Dato Bandar, di Lahang iaitu berhampiran Balai Bomba. Namun kini kawasan tersebut sudah tidak strategik lagi kerana jalan yang sudah pecah menjadi dua jalan. Lokasi kini dianggap strategik dan merupakan tumpuan bandar namun prestari perniagaan mula berkurang berikutan wujudnya hypermarket. Kedai kek ini memiliki lapan orang pekerja dan ramainya terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri. Beliau menjalankan operasi perniagaan seawal 9:00 pagi sehingga 8:00 malam. En. X. Yan Foo sering mengikuti seminar dan kursus yang diadakan oleh pembekal. bahkan sejak kecil lagi, beliau sering belajar membuat kek daripada ibu dan ayahnya. Beliau dan keluarga sering ke Taiwan, Hong Kong dan Singapura untuk mengikuti kursus membuat kek. Bukan itu sahaja, beliau turun memasuki acara pameran Food Asia KL yang diadakan sebanyak dua tahun sekali.


                                               

             



4) Fancy Lighting (SR) Sdn. Bhd
Syarikat Fancy Lighting dimiliki oleh Mr. Go yang letaknya berhampiran pusat bandar dan laluan utama. Perniagaan ini mula dijalankan seawal tahun 1992 sehinggalah sekarang. Syarikat ini memiliki syarikat induk yang berada di Johor. Pekerja di Fancy Lighting terdiri daripada tiga orang. Antara barangan yang dijual ialah lampu hiasan yang terdiri daripada pelbagai reka bentuk yang menawan hati, dan pelbagai barangan alatan lainnya.






5) Stainless Steel Manufacturer
pemilik kedai ini pula bernama Mr. Wong. kedai mula beroperasi selama dua tahun. tapak kedai tersebut pada awalnya digunakan sebagai kedai menjual kereta Volkswagen kemudiaannya dipecahkan dan didirikan Stainless Steel Manufacturer. lokasi kedai ini juga strategik iaitu terletak di kawasan pusat bandar. kakitangan kedai terdiri daripada lima orang, dan perniagaan dijalankan bermula jam 9:30 pagi sehingga jam 6:30 petang. perniagaan mereka menjual barangan industri seperti oven, sinki, peti sejuk, dan sebagainya.


   

6) CT Star Automart
CT Star Automart dimiliki oleh En. Teh Eng Sheng atau Ah Teh. syarikat penjualan kereta baru dan terpakai itu mula dijalankan sejak tujuh tahun yang lepas iaitu tahun 2005. syarikat tersebut hanyalah merupakan sebuah cawangan sahaja manakala syarikat induknya berada di Jalan Rahang. waktu opersi perniagaan bermula pada jam 8:00 pagi sehingga jam 6:00 petang. kereta yang dipamerkan disitu merupakan kereta terpakai sahaja dan hanyalah model. sekiranya pelanggan berminat untuk membeli, mereka akan dirujuk kepada pelabuhan tempat mereka mendapatkan kereta-kereta tersebut. kebanyakannya pelanggan mereka adalah penduduk Negeri Sembilan.

                         




kesimpulannya, kebanyakan peniaga yang kami dapati di Bandar Seremban terdiri daripada kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India. pembangunan di Seremban boleh dikatakan pesat apabila terdapatnya kemudahan yang disediakan kepada penduduk di Seremban seperti Stesen bas, stesen keretapi, dan juga berikutan tumbuhnya pusat-pusat membeli belah seperti Parkson yang menjadi tumpuan masyarakat terhadap Bandar Seremban ini.
SEKIAN....

No comments:

Post a Comment