Bismillah..
Hanya ingin berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, walaupun dalam kesibukan menyiapkan segala assignment dan pelbagai kerja yang lain, Allah berikan aku kesempatan untuk turut serta dalam program Perkim. Kami dibawa menziarahi rumah anak-anak yatim di Bangi, iaitu 'Darul Izzah', sedap nama yang dipilih, setenang penghuninya.
![]() |
~sedang bertaaruf sesama ahli~ |
Ya Allah, terasa pilu bila melihat mereka kerana dalam hati ini memikirkan, andai aku ditempatkan dalam dirimereka,mungkin aku sudah rebah, tiada tempat bergantung,semuanya sendiri.tetapi merekasangat kuat dan tabah. aku kagum dengan mereka,raut wajah mereka tidak sedikit pun mengambarkan kesedihan, yang ada hanyalah ketenangan,sejuk hati melihat mereka, sperti hadis Rasulullah S.A.W,kata baginda 'bila engkau ingin
agar hati menjadi lembut dan damai dan engkau ingin mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti engkau makan. bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai. (Hadis Riwayat Thabrani)
![]() |
akil(kiri) dan amir(kanan) |
Sangat seronok disana walaupun penghuninya tidak terlalu banyak, tetapi program serta aktiviti yang dijalankan sangat meriah.seolah-olah aku juga masih kanak2, mereka sangat lah peramah, pandai buat lawak, tidak kering gusi kami dibuatnya, setiap kumpulan akan ada 2 atau 3 orang kanak-kanak ini, kumpulan aku hanyalah 2 orang sahaja, Amir(10) dan Akil (13).
Kami diberi masa lebih kurang setengah jam kalau tak silap,untuk buat logo serta nama kumpulan dan akan dibentangkan selepas itu. amir dan akil masing-masing diam tidak tahu apa yang perlu dilakukan, setelah lama berfikir,akil memberi cadangan untuk memberi nama kumpulan kami Fisabilillah..Ya Allah, makin terharu aku dibuatnya, sekecil itu sudah tahu apa itu fisabilillah,katanya ingin menuju jalan Allah. Dan kami pun bertanya macam mana? Amir menjawab dia nak mati syahid.Subhanallah, pandai sungguh mereka,makin bertambah kagum aku dengan mereka.Aku doakan moga doanya dikabulkan.Aamiin.
![]() |
~kek untuk dihiaskan~ |
Aktiviti yang kami lakukan tidaklah terlalu banyak tetapi sangat seronok,kami main teka-teka,lepas tu kami main menghias kek, kek btul2.. seronok sangat, macam-macam jenis hiasan keluar, tetapi yang paling seronok, akak-akak dan abang-abang pula yang paling teruja.. hihihi, berebut nak hias kek jugak. .hehehe, tetapi keutamaan tetap diberi pada adik2 tu..
![]() |
~kek yang sudah siap dihias~ kek coklat tu je yang bukan dihias |
Alhamdulillah selesai je kami hias kek,kami pun makan lah, seronok makan ramai-ramai, hehehe
da selesai makan,kami pun pergi solat, lepas solat, kami berkumpul lagi dengar pengetua mereka bagi ucapan dan sesi penyampaian hadiah lah..last sekali barulah kami semua bergambar.. hehehe. lepas tu kami pun bertolaklah balik ukm.
Alhamdulillah,banyak sangat belajar hari tu, mcm mama aku selalu pesan, kalau kita ni susah,ada orang lagi susah dari kita, jadi kamu patut bersyukur dengan apa yang kamu ada. aku juga belajar jadi tabah,kuat,jangan mudah putus asa, semuanya yang terjadi ada hikmah. ^_^
![]() |
~inilah kami~ |
Syukran pada semua,
akak syakila yang ajak pergi,
faiq,fauzi,nadia,ruby dan
syita yang join sma
dan semualah..
Insya ALLAH nanti
kita pergi lagi ye.
Alhamdulillah ^_^
No comments:
Post a Comment