Friday, October 4, 2013

UKHUWAHFILLAH DALAM ORGANISASI (USRAH PERKIM) ^_^

Bismillah..

Alhamdulillah.. sekarang dah semester 3.
nak share tentang bulatan gembira (usrah) Perkim
untuk yang pertama bagi semester ni.



Alhamdulillah seronok sangat tau. walaupun ramai ahli yang lain tak dapat hadir,
ramai balik kampung.
tapi usrah ni tetap jalan dengan lancar..
sebenarnya usrah pertama ni untuk exco- exco je..
insya ALLAH akan dtg buat dengan ahli yang lain.

kami berusrah di tasik cempaka, bangi..
Subhanallah tasik yang indah.
baru tau pagi ahad di situ ada senamrobik anjuran MPKJ



tajuk usrah kami yang pertama ni ialah 
ukhuwah fillah dalam organisasi.
naqib dia pelajar UKM juga, Ustaz Roslan.






Antara pengisiannya ialah
kita ni hidup ada 3 tujuan utama (besar)
1- Ibadah
 "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku,"
 (Qs. Ad-Dzariyat: 56).
-lakukan semua kerana Allah,nawaitu betulkan
-Allah  yang paling tinggi, matlamat kta untuk jadi hamba dia

2- Amanah
-Allah bagi amanah pada Nabi Adam a.s dan kita sekarang harus menyambungnya
-nak tadbir mcm mana? tadbir dengan Al-quran
- kita sebagai penerima amanah, harus tarbiyah orang lain.
(tak boleh duduk selesa,kena fikirkan orang lain. mcm Nabi Muhammad s.a.w ckp pada Khadijah, isteri baginda selepas dapat wahyu, yang kita sudah tidak boleh rehat)
-sedarkan orang tentang salah
-larang orang buat mungkar(dr sekecil-kecil perkara hingga besar)
-percaya pada Allah dengan sebenar-benarnya.

3-Khalifah
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Qs. Al-Baqarah: 30)
-khalifah kepada hati, mata dan mulut sendiri adalah yang utama.
-pemimpin yang berjaya adalah dapat lahirkan pemimpin yang lain

So nak jayakan ketiga-tiga perkara ini harus ada ukhuwah yang kuat dalam organisasi tu
contohnya mcm sekarang, rapatkan silaturahim dengan usrah.



ketiga-tiga ini bukan sahaja untuk organisasi tapi juga untuk diri sendiri.
matlamat jadi hamba Allah yang baik. ;)

kami habis usrah pukul 12 lebih macam tu,
dan yang akhawat(muslimat) pergi ke nilai utk cri kain buat baju perkim.. hijau gitu..
dan ikhwan(muslimin) pulang ke kolej masing-masing

Alhamdulillah seronok bersama akhawat-akhawat yang lain.
walaupun masa tu saya je pling muda ( yg lain akak2 la)
dan mereka da kenal lama
tpi seronok dengar mereka berdiskusi
dalam kereta pun kami boleh berusrah
_usrah dimana-mana sahaja_

~jom join perkim~
~jom join usrah~





Nanti bulan depan buat lagi ye..
kalau boleh semua exco pergi..
^-^


No comments:

Post a Comment