Saturday, December 28, 2013

Uhibbukunna Fillah (Saya Mencintai Kamu Semua Kerana Allah)

Bismillah
Assalammualaikum..
Setelah sekian lama,
kini kembali menjengah blog yang sudah hampir bersawang ini..
bukan sebab apa sibuk dengan program,assignment, fieldwork
membuatkan tiada masa untuk selalu menjengah ke sini.

Alhamdulillah hari ini 28 Disember 2013,
saya masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang ALLAH berikan.

Benar, kata orang bertuahnya tinggal di Bumi UKM ini,
subur dengan majlis ilmu,
Mungkin ini sebab kenapa Allah takdirkan aku disini,
untuk belajar sesuatu,
Syukran Ya Allah, atas kasih sayangMu kepadaku.

Sebenarnya entry kali ne nak tujukan pada Usrahmates kite.. hehe..
Malu nak cakap tadi.. sebenarnya saya sayang sangat kat kamu semua..
Uhibbukunna Fillah.
Syukran, terima kasih banyak-banyak untuk semuanya..

Selain itu, nak sampaikan jugak yang betapa bestnya Usrah tu
Percayalah,
Ia umpama senjata yang sangat berkesan untuk membasuh hati anda,
Akhawat yang saling memperingati,
menasihati, dan mengajak mentaati Ilahi.
Selalu akan ada yang pesan, renew niat, mujahadah,
dan pastikan setiap niat kerana Allah.

Banyak je usrah cuma mungkin berlainan wadah
ada yang IKRAM, PEMBINA, dan banyak lagi..
tetapi tujuan tetap sama,
Menegakkan Syiar ISLAM.

Usrah kami bawah ikram,
sangat tersusun risalah yang dibawa,
step by step, dan sangat menyeluruh,
ISK-->SH-->SJ-->SU-->HG,
dan bukan tertumpu pada usrah semata,
ada juga rehlah dan jaulah.
Alhamdulillah sudah mula faham sikit demi sikit,
untuk yang lain saya tidak pasti cara pembawaannya,
tapi yang pasti InsyaAllah ia kerana Allah.

Jadi jomlah join Usrah,
buangkan tanggapan negatif pada usrah,
selidiki dahulu usrah itu, tidak semuanya negatif,
dan yang menyertai usrah bukanlah golongan ekstrem..

Ok itu pasal usrah,
sekarang untuk Usrahmates pulak,
kami berlainan latar belakang,

akak yang dah hbs belajar pun join, kak fifah ;)
seorang yang sangat periang, tabah dan suka pink.
akak-akak masters,
kak fatin, akak naqibah kita,
baik sangat n dia dah nak kahwin, tahniah kak :)
kak fateen maruan.. seorang yang sangat sycho,
gurau je dia ambek psychology sebenarnya,
sama dengan kak dijah, n kak ebah.
mereka semua happy go lucky tau,
n last but not least,
ainun(roomates tercintak), ekah (suka dgr bila dia share something),
sarah, shahirah n syhira yusoff,
mereka pun best, nampak pendiam tapi sebenarnya penuh ilmu tu... hehehe
Perbezaan antara kami ini menampakkan kami sempurna,
saling menutupi kekurangan satu sama lain.
Alhamdulillah.

Cuma,
semester depan akak fifah dah xada,
dia dah nak fly UK (United Kingdom)
sambung PhD untuk 3 tahun, sedih kan?
Mungkin ada hikmahnya.

Sungguh,
usrah ini tempat kami berkongsi suka,duka dan juga ilmu,
Saya juga banyak belajar, belajar menjadi lebih baik,
Belajar mengenal cintaNYA dengan lebih dalam,
Kehidupan yang berada dalam Biah solehah,
dan setiap langkah cuba menghidupkan Sunnah Rasulullah,
Mengingatkan sebaik-baik pakaian adalah Taqwa kepada Allah.
dan banyak lagi yang tidak terkata.

Allahu,
akui diri ini bukanlah sepenuhnya sempurna,
masih banyak cacat dan cela,
kadangkala jatuh dan lemah,
dan mereka ini sentiasa menjadi pendamping untuk
sentiasa Qawiyy dan Tsabat dalam jalan ini.

Terima kasih semua,
untuk segala-galanya,
Uhibukunna Fillah Jiddan Jiddan
(SAYA MENCINTAI KAMU SEMUA KERANA ALLAH, SUNGGUH,SUNGGUH)

Alhamdulillah Allah pertemukan kita,
latar belakang yang berbeza,
mempunyai pelbagai cerita,
tetapi kita berada di atas jalan yang sama,
Mempunyai tujuan yang serupa,
Untuk mendekatkan diri denganNya,
dan berdakwah untuk menegakkan syiar Islam.
InsyaALLAH, Aamiin..






                                                                                



                                          
                         



















                                       
                                                                                        

        

                                                        


"USRAH ITU KELUARGA"
USRAH
(Untuk Semua Rasa ALLAH Hebat)
InsyaALLAH, Biidznillah kita jumpa semester depan ye :)

    

Friday, October 4, 2013

UKHUWAHFILLAH DALAM ORGANISASI (USRAH PERKIM) ^_^

Bismillah..

Alhamdulillah.. sekarang dah semester 3.
nak share tentang bulatan gembira (usrah) Perkim
untuk yang pertama bagi semester ni.



Alhamdulillah seronok sangat tau. walaupun ramai ahli yang lain tak dapat hadir,
ramai balik kampung.
tapi usrah ni tetap jalan dengan lancar..
sebenarnya usrah pertama ni untuk exco- exco je..
insya ALLAH akan dtg buat dengan ahli yang lain.

kami berusrah di tasik cempaka, bangi..
Subhanallah tasik yang indah.
baru tau pagi ahad di situ ada senamrobik anjuran MPKJ



tajuk usrah kami yang pertama ni ialah 
ukhuwah fillah dalam organisasi.
naqib dia pelajar UKM juga, Ustaz Roslan.






Antara pengisiannya ialah
kita ni hidup ada 3 tujuan utama (besar)
1- Ibadah
 "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku,"
 (Qs. Ad-Dzariyat: 56).
-lakukan semua kerana Allah,nawaitu betulkan
-Allah  yang paling tinggi, matlamat kta untuk jadi hamba dia

2- Amanah
-Allah bagi amanah pada Nabi Adam a.s dan kita sekarang harus menyambungnya
-nak tadbir mcm mana? tadbir dengan Al-quran
- kita sebagai penerima amanah, harus tarbiyah orang lain.
(tak boleh duduk selesa,kena fikirkan orang lain. mcm Nabi Muhammad s.a.w ckp pada Khadijah, isteri baginda selepas dapat wahyu, yang kita sudah tidak boleh rehat)
-sedarkan orang tentang salah
-larang orang buat mungkar(dr sekecil-kecil perkara hingga besar)
-percaya pada Allah dengan sebenar-benarnya.

3-Khalifah
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Qs. Al-Baqarah: 30)
-khalifah kepada hati, mata dan mulut sendiri adalah yang utama.
-pemimpin yang berjaya adalah dapat lahirkan pemimpin yang lain

So nak jayakan ketiga-tiga perkara ini harus ada ukhuwah yang kuat dalam organisasi tu
contohnya mcm sekarang, rapatkan silaturahim dengan usrah.



ketiga-tiga ini bukan sahaja untuk organisasi tapi juga untuk diri sendiri.
matlamat jadi hamba Allah yang baik. ;)

kami habis usrah pukul 12 lebih macam tu,
dan yang akhawat(muslimat) pergi ke nilai utk cri kain buat baju perkim.. hijau gitu..
dan ikhwan(muslimin) pulang ke kolej masing-masing

Alhamdulillah seronok bersama akhawat-akhawat yang lain.
walaupun masa tu saya je pling muda ( yg lain akak2 la)
dan mereka da kenal lama
tpi seronok dengar mereka berdiskusi
dalam kereta pun kami boleh berusrah
_usrah dimana-mana sahaja_

~jom join perkim~
~jom join usrah~





Nanti bulan depan buat lagi ye..
kalau boleh semua exco pergi..
^-^


Monday, September 9, 2013

Alhamdulillah. Semester 3 sudah *^*

Bismillah..

Alhamdulillah dah masuk semester 3.. Dah tahun dua..
Sekejap je rasa masa dah berlalu..

Sebenarnya masih homesick walaupun dah tahun dua.. hehe
Maklumlah cuti dua bulan dihabiskan dengan buat kerja part time.
Alhamdulillah dalam bekerja banyak pengalaman dapat,
banyak ibrah yang dipelajari.

Dan nak ucapkan tahniah pada sahabat- sahabat yang dapat masuk u..
Alhamdulillah.. rezeki ALLAH ada kat mana2 cuma lambat atau cepat je..
janji kita usaha,yakin, tawakal ALLAH pasti tolong..

Tahun dua, tinggal setahun je lagi tamat lah belajar.
Insya ALLAH ada rezeki nak sambung lagi,
tapi tak tahu lah nanti..
hanya merancang. ALLAH tentukan.

Semester ini, banyak nak capai.
Mohon doakan apa yang dicita.
dimakbulkan..
Ada kawan pesan, kita ne belajar jangan hanya fikir nak dapat Dean list,
Deen list pun penting.. baru lah lengkap..
seimbang gitu,
berjaya dunia, berjaya akhirat..
best kan?

Alhamdulillah.. betul juga apa yang dibicarakan..
Belajar kerana ALLAH.
lillahita`ala.
Baru hati tenang bila ditimpa ujian dalam
menuntut ilmu ini. Insya ALLAH.
Biiznillah.

Apa pun, syukur dah selamat sampai ukm
ALLAH panjangkan umur untuk menuntut ilmu,
untuk melihat Keagungan dan Kebesaran DIA,
Semoga umur ku ini dihabiskan dalam mencari redhanya
~Aamiin~

~Semoga semester ini dipermudahkan segalanya~
^_^



Thursday, August 8, 2013

Ramadhan ~ Syawal

Bismillah. .
Alhamdulillah. .
Dah lama xjenguk cik blog,
sibuk lah jugak. .hehe
Alhamdulillah. hari ini 1 syawal,hari kemenangan bg umat islam. .
Kemenangan bukan hanya dpat menahan lapar dan dahaga tetapi juga nafsu. .

Sedih juga bila Encik Dan(Ramadhan) dah berlalu sebab ramadhan byk bg ibrah pd aku,byk yg aku belajar masa bulan ni..bulan tarbiyah. .byk yg mendidik aku,Alhamdulillah

Aku harap Allah terima segala amalan aku dan juga amalan kamu semua. .'Taqabballahu minna wa minkum'.

sedih juga sebab tahun ne sekejap je dgn en.wal(syawal) sebab cuti sekejap je(bkn cti sem tpi cuti bt part time) tpi tak apa lah,sekejap pun da syukur, jika nk dibndingkn dgn org lain.
Alhamdulillah. .

Last sekali,selamat hari raya n maaf zahir batin. .Jemputlah datang rumah. .hehe ;)

p/s:teruskan istiqomah dengan amalan yg dah dilakukan dlm bln ramadhan jgn tggalkan ye,.Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sunday, June 16, 2013

Ayah, terima kasih segalanya

Bismillah,
Alhamdulillah

hari ini dah 6 syaaban, esok dah 7 syaaban,
esok dah 16 jun kan,
hari bapa..
bukan nak sambut cuma nak ucapkan
ayah terima kasih segalnya,
hari-hari hari bapa.
 
Alhamdulillah jugak,
Allah hantarkan aku ayah yang baik
walaupun hanya ayah tiri,
tapi dia syang aku macam anak kandung.

tapi pada ayah kandung,
aku pun sayang jugak
mungkin ada hikmah semua ne jadi kan..
nurul doa dari jauh jela
doa semoga suatu saat kita dapat bertemu,
jika bukan di dunia biarlah di syurga.
Aamiin

ayah,k.long syg sgt ayh,
terima ksih untuk segalnya
xdapat k.long nak blas jasa-jasa ayah tu
Alhamdulillah Ya ALLAH

{Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik daku pada waktu kecil.}

[Al-Isra | 24]
(ditulis pd 15/6/2013 tp bru perasan xpublish hri ni) 😢😢

Saturday, June 15, 2013

First field work Sains pembangunan

Bismillah..
Alhamdullillah..

sekarang dah nak habis sem 2 tahun 1,
sem 3 dah tahun 2, and tahun 3 dah habis belajar- hooray

Alhamdullillah, sem 2 ne dapat buat fieldwork
kami pergi Kg Assam Kumbang, Taiping, Perak.
best sgt, beljar mcm2
kami pergi sana beljar pasal komuniti,
mcm2 isu yang kami persoalkan,
pergi buat survey satu rumah ke satu rumah,
mula-mula memang lah malu,
sebab ada yang xnak terima kami, ingat kami dtg menjual
tapi sikit je, yg ramai semua baik2

ini juga merupakan satu aktiviti yang dpat rapatkan ukhuwah kami,
seronok sgt,
gunakan masa lebih kurang 4 hari untuk kenal masing-masing
yela, selalu hbs kelas dah xjumpa,
kalau jumpa pun bukan semua ada,
ini masa kami kenal semua.


kami juga byk hbskn masa dengan adik-adik kat sekolah tu
seronok lah
nak lagi buat mural pagi2 buta,
macam kami berborak.
tambah lagi budak yang jaga sentri,
best sgt,

itu sahaja ringkasan kerja lapangan kami
semoga ukhuwah kita lepas ne makin erat ye
seronok kenal kamu semua
~Alhamdulillah~
                                                   


                                               

Adik itu Amanah Kamu

Bismillah
Alhamdulillah..

hari ini da 6 syaaban 1434, sekarang ini aku masih lagi dalam mood exam n mood ak balik rumah.
rindu mama,ayah n adik-adik aku..

especially adik aku syakira,
aku form one baru dapat adik perempuan,
jadi adalah kawan nak kongsi masalah.
ne adik lelaki kurang sikit nak bercerita

sekarang dia dah 7 tahun, darjah satu.
sangat petah bercakap n sangat cepat pick up
Alhamdulillah baru ne exam dapat no 3 dalam kelas fardu ain,
no 5 dalam kelas biasa.

rajin sangat study, xmacam akaknya,
susah bukak buku.
betul lah kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya.

adalah satu hari ini, kami solat berjemaah berdua sebab ayah keje time tu,
mak jaga adik kecik tu, kami pun solatlah.
lepas solat kami pun salam,

tetibe adik aku tu cakap, along nant kalau besar nak jadi macam awak lah,
aku tetibe nak nangis,
aku cakap kenapa pulak? kak long biasa-biasa jela
dia cakap yela awak belajar rajin, dpat masuk u, solat pun pandai,
jadi nak lah jadi mcam awak, nak masuk u, nak pandai solat

ya allah hiba hati ini,
pertama kali dengar dia cakap mcm tu.
aku pun mula sedar
adik itu amanah aku,
aku kena ajar dia baik2,
supaya nanti dia besar, pandai pilih mana baik atau buruk
insya ALLAH, aku cuba jadi kaklong yang baik.

mungkin sebelum ada anak sendiri belajarlah macam mana nak mendidik dengan baik,
belajar daripada keluarga dulu,
itu juga satu praktik,latihan asas,
nanti dah kahwin kan senang

ya allah kau jadikan lah aku seorang kakak yang baik,
mampu membimbing adik-adik ku ke jalan yang baik,
semoga mereka menjadi mujahid dan mujahidah islam.
Aamiin :)

-
~da'iy and kira~
~maaf gmbar angah n acik k.long xada simpan :P~

Monday, May 20, 2013

Jodoh itu.. Urusan Allah.

As salam
Bismillah..



Hanya ingin berkongsi..
JODOH..
itulah isu yang sibuk diperkatakan di zaman universiti..
Bukan aku tidak berminat, cuma sudah sedar dari mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan..
lalu aku memilih untuk melupakan itu..
biarlah ini menjadi rahsia ALLAH..
aku hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik.. 

Lalu ALLAH memujuk hati ini.. terbaca sepotong ayat dari Lembaran CintaNYA.

"Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai-berai kembali" (Surah An-Nahl ayat 92)

tiba-tiba berminat untuk tahu ayat ini tentang apa sebenarnya..
rupa-rupanya tentang jodoh..
kisah gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah Al-Hamqa..
inilah kisahnya..

"oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku? apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup? kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas dalam kelam kabut kesana kemari untuk mencari jodoh buat si puteri.

pelbagai ahli nujum dan dukun temuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya itu bertemu jodoh. namun sayang usaha si ibu hanya sia-sia. janji-janji sang dukun hanya tipu belaka. melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah Al- Hamqa menjadi semakin sedih, tiada kerja lain yang dilakukannya kecuali mengadap depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, "mengapa samapai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?" penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya dari luar daerah datang berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka muda rupawan. kenapa pemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu?

Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apa­san dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi­an suami yang tidak tentu ke mana perginya.

Kesedihan dan kemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus buku benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur’anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma’­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),

"Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai-berai kembali"

Yang dimaksud Al ­Qur’an dengan ‘wanita pengu­rai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum ter­sebut. Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:

“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
 
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita un­tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sen­diri telah berfirman:

Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)
 
Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.

Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.

“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
 
Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.

Subhanallah
banyakkan ibrah dari ayat ini??
letakkan cinta mahabbah kita kepada yang berhak..
ALLAH.

ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG..
Jangan terlalu sibuk mencari jodoh,
itu urusan Allah..
berusaha dengan cara yang betul.
In Sha ALLAH dapat..




 
Bersabarlah..
Jangan terlalu gopoh..
Berdoa agar diberikan yang terbaik..
Doa itu senjata umat Islam.. :)

Jodoh yang pasti adalah KEMATIAN!!
ayuh perbaiki amalan dan ibadat 
agar kita dapat bertemu jodoh itu dengan tenang..
Wallahu' alam...





 






















Wednesday, May 1, 2013

"Darul Izzah" ^_^

Assalammualaikum
Bismillah..


Hanya ingin berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, walaupun dalam kesibukan menyiapkan segala assignment   dan pelbagai kerja yang lain, Allah berikan aku kesempatan untuk turut serta dalam program Perkim. Kami dibawa menziarahi rumah anak-anak yatim di Bangi, iaitu 'Darul Izzah', sedap nama yang dipilih, setenang penghuninya. 

~sedang bertaaruf sesama ahli~
Ya Allah, terasa pilu bila melihat mereka kerana dalam hati ini memikirkan, andai aku ditempatkan dalam dirimereka,mungkin aku sudah rebah, tiada tempat bergantung,semuanya sendiri.tetapi merekasangat kuat dan tabah. aku kagum dengan mereka,raut wajah mereka tidak sedikit pun mengambarkan kesedihan, yang ada hanyalah ketenangan,sejuk hati melihat mereka, sperti hadis Rasulullah S.A.W,kata baginda 'bila engkau ingin 
agar hati menjadi lembut dan damai dan engkau ingin mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti engkau makan. bila itu engkau  lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai. (Hadis Riwayat Thabrani)

akil(kiri) dan amir(kanan)
Sangat seronok disana walaupun penghuninya tidak terlalu banyak, tetapi program serta aktiviti yang dijalankan sangat meriah.seolah-olah aku juga masih kanak2, mereka sangat lah peramah, pandai buat lawak, tidak kering gusi kami dibuatnya, setiap kumpulan akan ada 2 atau 3 orang kanak-kanak ini, kumpulan aku hanyalah 2 orang sahaja, Amir(10) dan Akil (13). 
~sedang melukis~

Kami diberi masa lebih kurang setengah jam kalau tak silap,untuk buat logo serta nama kumpulan dan akan dibentangkan selepas itu. amir dan akil masing-masing diam tidak tahu apa yang perlu dilakukan, setelah lama berfikir,akil memberi cadangan untuk memberi nama kumpulan kami Fisabilillah..Ya Allah, makin terharu aku dibuatnya, sekecil itu sudah tahu apa itu fisabilillah,katanya ingin menuju jalan Allah. Dan kami pun bertanya macam mana? Amir menjawab dia nak mati syahid.Subhanallah, pandai sungguh mereka,makin bertambah kagum aku dengan mereka.Aku doakan moga doanya dikabulkan.Aamiin.


~kek untuk dihiaskan~
Aktiviti yang kami lakukan tidaklah terlalu banyak tetapi sangat seronok,kami main teka-teka,lepas tu kami main menghias kek, kek btul2.. seronok sangat, macam-macam jenis hiasan keluar, tetapi yang paling seronok, akak-akak dan abang-abang pula yang paling teruja.. hihihi, berebut nak hias kek jugak. .hehehe, tetapi keutamaan tetap diberi pada adik2 tu..


~kek yang sudah siap dihias~
kek coklat tu je yang bukan dihias




Alhamdulillah selesai je kami hias kek,kami pun makan lah, seronok makan ramai-ramai, hehehe
da selesai makan,kami pun pergi solat, lepas solat, kami berkumpul lagi dengar pengetua mereka bagi ucapan dan sesi penyampaian hadiah lah..last sekali barulah kami semua bergambar.. hehehe. lepas tu kami pun bertolaklah balik ukm.

~sesi pemberian cenderahati~



                                                                                                                  


Alhamdulillah,banyak sangat belajar hari tu, mcm mama aku selalu pesan, kalau kita ni susah,ada orang lagi susah dari kita, jadi kamu patut bersyukur dengan apa yang kamu ada. aku juga belajar jadi tabah,kuat,jangan mudah putus asa, semuanya yang    terjadi ada hikmah. ^_^





~kami juga sempat bergambar~
:sains pembangunan crew:
~inilah kami~




Syukran pada semua,
akak syakila yang ajak pergi,
faiq,fauzi,nadia,ruby dan 
syita yang  join sma
dan semualah..
Insya ALLAH nanti 
kita pergi lagi ye.
Alhamdulillah ^_^













Thursday, March 21, 2013

SMK DONG: Tahniah dan semoga berjaya

As salam
Bismillah..

first nak ucap tahniah kat calon2 stpm especially SMK DONG!!! sbb dapat result sgt2 gempak.. see ALLAH 2 MAHA ADIL kan ? semuanya perancangan DIA, dahulu apa yang kita nak tak dapat tapi sekarang DIA da bagi.. Allah Maha Mengetahui ^_^
kita hanya perlu sabar, itu hanyalah ujian untuk menguji kesabaran serta sayang Dia terhadap kita..





n esok spm pula, akak doakan kamu semua dapat result yang gempak jugak,
pada yang tak berjaya, redha, Allah da sediakan sesuatu yang lebih baik utk kamu semua
n pada yang berjaya jangan lupa bersyukur, jangan riak, jangan ujub.
semua itu hanyalah kejayaan dunia, akhirat itu juga pentingkn :)




nanti pada spm, mintak lah matrik kmkn :)
pada stpm pulak, mintak ukm,
nanti boleh balik sma2..hehehe

itu aje nak cakap,
All the best, oke?
may come out with flying colours..
~man jadda wa jada~



~SEMENDORA ALWAYS BE THE BEST~
Aamiin ^_^




Tuesday, March 19, 2013

Andai Waktu Itu Dapat Diputarkan.

As salam..
Bismillah

Tiba-tiba teringat waktu di matrikulasi KMKN.
waktu yang hanya sebentar tetapi banyak mengajar aku.



Andai lah waktu itu dapat diputarkan,
aku ingin sekali mengubahnya,
mengubah kepada perkara yang lebih baik.

Andailah waktu itu dpat diputarkan,
aku ingin menikmatinya dengan sepuas-puasnya,
menikmati lebih banyak suka daripada duka.



tetapi waktu itu juga mengajar aku,
menjadi lebih baik,
berfikir dengan matang,
berhati-hati dalam perbuatan dan perkataan.

tanpa suka dan duka,
hidup ini kelihatan suram,
tiada apa yang perlu dikenangkan
tiada pengalaman,
tiada panduan,
tiada pedoman.

~jpp~


~para fasilitator~


ALLAH memberikan sesuatu itu tidak hanya dengan sia-sia,
tetapi supaya kita berfikir menggunakan akal,
anugerah yang diberikan dengan sebaiknya
bersangka baiklah terhadap ALLAH.

~car wash jpp~

~siswa mara~

~hadiah siswa mara~


~Alhamdulillah Wa Syukrulillah~
disana aku belajar berdikari,
jatuh dan bangun hanya aku sendiri,
namun ENGKAU sentiasa disisi,
menemani meniti hari,
dengan penuh berhati-hati.

terima kasih keluargaku,guru-guru dan sahabat seperjuangan
kerana sentiasa bersama ku
dalam mengenal erti kehidupan.

~kuliah 2 (p6_p10)~

~ kenangan jpp ^_^ ~
TAMBAHAN


~KMKN is the BEST~
~Semoga ALLAH kekalkan ukhwah kita~
#Ukhwahfillah till jannah#
~Aamiin~