Assalammualaikum..
Setelah sekian lama,
kini kembali menjengah blog yang sudah hampir bersawang ini..
bukan sebab apa sibuk dengan program,assignment, fieldwork
membuatkan tiada masa untuk selalu menjengah ke sini.
Alhamdulillah hari ini 28 Disember 2013,
saya masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang ALLAH berikan.
Benar, kata orang bertuahnya tinggal di Bumi UKM ini,
subur dengan majlis ilmu,
Mungkin ini sebab kenapa Allah takdirkan aku disini,
untuk belajar sesuatu,
Syukran Ya Allah, atas kasih sayangMu kepadaku.
Sebenarnya entry kali ne nak tujukan pada Usrahmates kite.. hehe..
Malu nak cakap tadi.. sebenarnya saya sayang sangat kat kamu semua..
Uhibbukunna Fillah.
Syukran, terima kasih banyak-banyak untuk semuanya..
Selain itu, nak sampaikan jugak yang betapa bestnya Usrah tu
Percayalah,
Ia umpama senjata yang sangat berkesan untuk membasuh hati anda,
Akhawat yang saling memperingati,
menasihati, dan mengajak mentaati Ilahi.
Selalu akan ada yang pesan, renew niat, mujahadah,
dan pastikan setiap niat kerana Allah.
Banyak je usrah cuma mungkin berlainan wadah
ada yang IKRAM, PEMBINA, dan banyak lagi..
tetapi tujuan tetap sama,
Menegakkan Syiar ISLAM.
Usrah kami bawah ikram,
sangat tersusun risalah yang dibawa,
step by step, dan sangat menyeluruh,
ISK-->SH-->SJ-->SU-->HG,
dan bukan tertumpu pada usrah semata,
ada juga rehlah dan jaulah.
Alhamdulillah sudah mula faham sikit demi sikit,
untuk yang lain saya tidak pasti cara pembawaannya,
tapi yang pasti InsyaAllah ia kerana Allah.
Jadi jomlah join Usrah,
buangkan tanggapan negatif pada usrah,
selidiki dahulu usrah itu, tidak semuanya negatif,
dan yang menyertai usrah bukanlah golongan ekstrem..
Ok itu pasal usrah,
sekarang untuk Usrahmates pulak,
kami berlainan latar belakang,
akak yang dah hbs belajar pun join, kak fifah ;)
seorang yang sangat periang, tabah dan suka pink.
akak-akak masters,
kak fatin, akak naqibah kita,
baik sangat n dia dah nak kahwin, tahniah kak :)
kak fateen maruan.. seorang yang sangat sycho,
gurau je dia ambek psychology sebenarnya,
sama dengan kak dijah, n kak ebah.
mereka semua happy go lucky tau,
n last but not least,
ainun(roomates tercintak), ekah (suka dgr bila dia share something),
sarah, shahirah n syhira yusoff,
mereka pun best, nampak pendiam tapi sebenarnya penuh ilmu tu... hehehe
Perbezaan antara kami ini menampakkan kami sempurna,
saling menutupi kekurangan satu sama lain.
Alhamdulillah.
Cuma,
semester depan akak fifah dah xada,
dia dah nak fly UK (United Kingdom)
sambung PhD untuk 3 tahun, sedih kan?
Mungkin ada hikmahnya.
Sungguh,
usrah ini tempat kami berkongsi suka,duka dan juga ilmu,
Saya juga banyak belajar, belajar menjadi lebih baik,
Belajar mengenal cintaNYA dengan lebih dalam,
Kehidupan yang berada dalam Biah solehah,
dan setiap langkah cuba menghidupkan Sunnah Rasulullah,
Mengingatkan sebaik-baik pakaian adalah Taqwa kepada Allah.
dan banyak lagi yang tidak terkata.
Allahu,
akui diri ini bukanlah sepenuhnya sempurna,
masih banyak cacat dan cela,
kadangkala jatuh dan lemah,
dan mereka ini sentiasa menjadi pendamping untuk
sentiasa Qawiyy dan Tsabat dalam jalan ini.
Terima kasih semua,
untuk segala-galanya,
Uhibukunna Fillah Jiddan Jiddan
(SAYA MENCINTAI KAMU SEMUA KERANA ALLAH, SUNGGUH,SUNGGUH)
Alhamdulillah Allah pertemukan kita,
latar belakang yang berbeza,
mempunyai pelbagai cerita,
tetapi kita berada di atas jalan yang sama,
Mempunyai tujuan yang serupa,
Untuk mendekatkan diri denganNya,
dan berdakwah untuk menegakkan syiar Islam.
InsyaALLAH, Aamiin..





"USRAH ITU KELUARGA"
USRAH
(Untuk Semua Rasa ALLAH Hebat)
InsyaALLAH, Biidznillah kita jumpa semester depan ye :)
thank you Finas for the sharing...nice one.;) may Allah guide us all..inshaAllah:)
ReplyDeletesama2.. hehe Aamiin :)
Delete